'Making your ideas
happen!'

Jom Mulakan Projek Kami

Membekal, memasang dan menyediakan perkhidmatan keperluan domestik & komersial

Kami memfokus kepada empat skop utama pembekalan, pemasangan dan perkhidmatan keperluan domestik & komersial.

  • Perisian Komputer.
  • Teknologi IoT.
  • Education Training Kit.
  • Perunding Homestay.

Perkhidmatan

Jika anda orang perseorangan, usahawan, pelajar, guru, agensi swasta, kerajaan atau siapa pun anda, kami di De Safwa bersedia memberikan perkhidmatan yang diperlukan dengan harga yang berpatutan.

Perisian

Pembangunan, pembekalan dan pemasangan Sistem & Perisian Komputer. Kami membangunkan Sistem, Perisian, Laman Web dan Aplikasi "Custom Requirement" dari pelanggan bagi memenuhi keperluan operasi.

IoT - Smart Home / Office

Pembekalan & pemasangan peralatan IoT. Kami membekal & memasang peralatan IoT bagi kegunaan domestik dan komersial.

Education Training Kit

Pembekalan Training Kit & Pelaksanaan Kursus Jangka Pendek. Kami membekal peralatan Traning Kit (Robotic Programming) dan menganjurkan kursus asas pengaturcaraan jangka pendek kepada pelajar sekolah Rendah & Menengah.

Perunding Homestay

Perkhidmatan Jururunding kepada pengusaha penginapan Homestay. Kami menyediakan perkhidmatan menambahbaik sistem jualan, pemasaran dan penjimatan utiliti kepada pengusaha homestay.

Klien

Terdiri dari pelbagai latar belakang dan keperluan, inilah sebahagian dari klien utama kami yang telah pun mendapatkan perkhidmatan dari De Safwa Enterprise. Kami berharap dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada lebih ramai lagi bakal klien pada masa akan datang.

Projek

Kami senantiasa sedia mendengar idea dan pandangan bakal klien, dan akan cuba memenuhi segala keperluan perkhidmatan atau produk yang klien kami inginkan. Berikut adalah beberapa projek yang berjaya dilaksanakan mengikut kehendak dan spesifikasi yang Klien kami mahukan.

  • Semua
  • Perisian Komputer
  • Teknologi IoT

Pemasangan IoT di Mega Villa Homestay

Pemasangan IoT

Pemasangan IoT di kediaman Klien

Projek Smart Home

Sistem Pengurusan Homestay

Sistem Tempahan & Pengurusan

Testimoni

Apa kata klien kami? inilah maklumbalas yang tulus dari klien kami yang terdiri dari klien domestik dan komersial, berkenaan perkhidmatan yang telah kami laksanakan bagi memenuhi kehendak dan keperluan mereka.

Dulu kalau terima booking dari customer mesti berlaku double booking sebab segala rekod tempahan cuma tulis kat buku dan salin dari pesanan whatsapp je. Sejak guna sistem dari De Safwa selesai masalah saya. Paling best harga rahmah!

En. Maliki

Pengurus & Pemilik Homestay

Teknologi IoT yang dipasang di pejabat & kediaman saya amat memudahkan! well done team De Safwa. Harga yang berpatutan dan mudah berurusan. Sekarang saya tak perlu risau lagi dengan pembaziran tenaga eletrik dan keselamatan aset saya.

Puan Syakira

Pengarah Syarikat

Saya bermula dari Zero! tak terpikir boleh buat bisnes homestay yang saya idamkan. Team De Safwa memang terbaik bantu saya setup bisnes homestay pasang IoT, buat laman web, setup akaun media sosial sampai saya pula tak menang tangan terima tempahan dari guest!.

Puan Halimah

Pesara & Pemilik Homestay

Saya dah lama berangan yang rumah saya ni ala-ala smart home. Tapi nak jadikan rumah smart home kan mahal. Kira luck jugak kenal dengan De Safwa dan tak sangka takdelah mahal pon. Best boleh pantau rumah saya guna handset je. Canggih! barule smart!

En. Omar

Pensyarah

Mak ayah dah tua di kampung, saya pula bertugas jauh di sempadan negara. buntu mcmana nak pantau keselamatan mereka. Nak pasang internet kat kampung memang susah. Mujur team De Safwa ada penyelesaian. Senang nak skodeng org tua dari CCTV hahaha..

Kpl. Ramzani

Penjawat Awam

Dapatkan Sebutharga

Jika anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan kami, hubungi kami dengan segera. Kami sedia meluangkan masa mendengar, menerima, membangun dan merealisasikan idea hebat anda menjadi realti. "Idea Anda, Impian Kami"

Team

Dipimpin oleh empat orang "Think Tanker" yang bekerjasama untuk merealisasikan idea anda dan impian kami.

Shah

Pengurus Operasi

Fahmi

Pengurus Jualan

Hafizi

Pengurus Teknikal

Akhmal

Pengurus Logistik

Hubungi Kami

De Safwa sedia menyambut salam perkenalan dari anda, untuk merealisasikan idea dan permintaan berkaitan dengan perkhidmatan yang kami sediakan. Ruang berkomunikasi dan berhubung dengan kami sentiasa terbuka. Hubungi kami melalui pesanan whatsapp, panggilan telefon, hantaran emel mahupun melalui perjumpaan mengikut keselesaan anda.